Sewaan Kereta - Cari, Banding dan Jimat sehingga 70%!

✓ Tiada Kos Tersembunyi ✓ Sokongan 24/7 ✓ Pembatalan Percuma
Tidak dapat mencari sebarang lokasi
Negara tempat tinggal pemandu adalah Amerika Syarikat (AS) dan umurnya adalah 30-65
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30 - 65
  • 66
  • 67
  • 68
  • 69
  • 70
  • 71
  • 72
  • 73
  • 74
  • 75
  • 76
  • 77
  • 78
  • 79
  • 80+
500+ Pembekal yang Dipercayai:

Semua yang anda perlu tahu tentang sewaan kereta sehala

Kemas kini COVID-19

Sewaan kereta sehala kini menjadi topik hangat akibat wabak koronavirus (COVID-19). Dengan penerbangan dibatalkan ke seluruh dunia dan bentuk pengangkutan awam lain yang dihadkan, ramai yang tertanya-tanya sama ada menyewa kereta merupakan satu-satunya cara mereka boleh pulang ke rumah. 

 

Sewaan sehala boleh menjadi cara yang baik untuk anda menangani penerbangan yang dibatalkan. Kebanyakan kemudahan sewaan di negara yang terjejas masih dibuka, walaupun di lapangan terbang. Namun begitu, anda perlu menyemak waktu bekerja semasa sebelum menempah kereta kerana banyak syarikat sewaan telah mengurangkan waktu bekerja mereka dan pada masa ini mustahil untuk mengambil kereta di luar waktu tersebut.  

 

Penjarakan sosial ialah kata kunci penting pada masa ini. Perkara ini mungkin sukar dilakukan ketika anda hanya mahu cuba pulang ke rumah. Walaupun penerbangan anda belum dibatalkan, tetapi anda masih berhati-hati untuk pergi ke lapangan terbang atau duduk di dalam kapal terbang dengan seratus orang yang lain atau lebih, menyewa kereta sehala mungkin mengelakkan rasa bimbang dan memastikan anda sihat. Bayangkan anda duduk di dalam kereta bersama keluarga anda dan bukannya kapal terbang yang penuh dengan orang. Bagi ramai orang yang mempunyai sistem imun yang terjejas, hal ini boleh menjadi sangat genting pada masa ini. 

 

Perhatian: Anda perlulah menyemak keadaan semasa sebelum menempah kereta. Banyak negara di Eropah telah menutup sempadan mereka kepada orang asing. Oleh itu, jika anda perlu memandu melalui negara ketiga untuk sampai ke destinasi anda, perkara ini mungkin tidak dapat dilakukan. 

 

Sewaan sehala pada masa ini masih boleh dilakukan antara negeri di Amerika Syarikat. 

Bagaimana sewaan sehala berfungsi

Sewaan sehala, sebenarnya, agak mudah untuk anda sebagai penyewa. Perkara yang perlu anda lakukan adalah untuk mencari sewaan dengan pengambilan di satu lokasi dan penghantaran di lokasi yang lain. Itu sahaja, anda mengambil kereta di satu tempat dan menghantar kereta tersebut di tempat yang lain. Ini boleh dilakukan di bandar yang sama, di bandar yang lain, atau di negara yang lain (kebanyakannya di Eropah). Syarikat sewa akan mengurus logistik pemindahan kereta. 

 

Satu-satunya perkara yang perlu anda peka sebelum menyewa kereta untuk perjalanan sehala ialah bayaran yang dikenakan. Sewaan sehala biasanya, tetapi tidak selalu, datang dengan bayaran tambahan. bayaran ini dibayar kepada syarikat sewaan semasa mengambil kereta. Kami tidak mendapat komisen daripada bayaran ini. 

 

Dalam setiap tawaran, kami menyatakan bayaran sehala supaya anda tahu jumlah kos sewaan. Kadangkala bayaran ini mungkin rendah. Apabila membuat perjalanan ke negara lain, bayaran ini mungkin lebih tinggi. Namun begitu, memandangkan kami memasukkan bayaran ini ke dalam harga yang anda lihat semasa membuat carian, anda tidak perlu risau tentang sebarang jenis kejutan. Jumlah yang anda lihat itulah yang akan anda bayar.

 

Gunakan DiscoverCars.com untuk mencari sewaan sehala

 

Laman kami ialah tempat terbaik untuk mencari sewaan sehala. Mudah untuk mencari jika sewaan boleh dilakukan antara destinasi pilihan anda. Tidak seperti laman yang lain, kami memasukkan bayaran sehala dalam jumlah harga untuk memudahkan perbandingan tawaran. Jika anda tidak menemukan apa-apa yang anda cari di laman web kami, kami mempunyai sokongan pelanggan yang bersedia untuk membantu anda. 

 

Bagaimana mencari sewaan sehala

Mencari sewaan sehala di laman web kami ialah perkara yang sangat mudah. Hanya nyahtandakan kotak: "Pulangkan kereta di lokasi yang sama."

Kemudian hanya masukkan lokasi tempat anda mahu hantarkan kereta selepas tamat sewaan anda.

 

Hasil carian akan menyenaraikan kereta yang tersedia untuk laluan pilihan anda. Jangan risau, harga ini termasuk bayaran sewaan sehala. Jadi anda tidak perlu mengira dan membuat perbandingan. 

 

 

Akhir sekali, pada halaman tempahan, anda akan melihat pecahan kos sewaan kepada kadar sewaan dan bayaran sehala. Sila ambil perhatian bahawa bayaran sehala dibayar semasa mengambil kereta dan dibayar terus kepada syarikat sewaan. 

 

Mengelakkan bayaran sewaan kereta sehala

Malangnya, bayaran sewaan sehala ialah satu-satunya bayaran yang hampir mustahil untuk dielakkan. Syarikat sewaan kereta perlu memindahkan kereta tersebut selepas anda membuat penghantaran. Oleh itu, syarikat sewaan perlu mengenakan bayaran untuk pemindahan ini. Dalam sesetengah kes, anda mungkin mendapati bahawa sesetengah syarikat mengenakan bayaran yang lebih rendah daripada yang lain.

 

Terdapat hanya beberapa pengecualian untuk perkara ini. Terdapat beberapa laluan yang lebih popular menghala ke satu arah daripada ke arah yang satu lagi. Bagi laluan ini, jika anda menyewa kereta dan membuat perjalanan ke arah yang bertentangan, syarikat sewaan kereta mungkin mengetepikan bayaran sehala yang biasa untuk anda memindahkan kereta untuk mereka. Ini bukan sahaja bergantung kepada populariti laluan tersebut tetapi juga musim. 

Sewaan sehala paling popular di Eropah

Sewaan sehala yang paling popular di Eropah sebenarnya adalah di dalam negara. Bayaran untuk sewaan ini jauh lebih rendah daripada sewaan sehala antarabangsa. 

Porto - Lisbon - Perjalanan antara dua bandar terbesar di Portugal ini adalah sangat popular. Apabila menyewa kereta, pengembara boleh mengalami semua yang ada untuk dilihat dan dilakukan. Sudah tentu, anda tidak perlu bersusah payah membuat perjalanan pergi balik sedangkan anda boleh menyewa kereta sehala sahaja. Penjimatan petrol sahaja sepatutnya menampung bayaran sewaan sehala

 

Perancis - Itali - Dua negara paling popular untuk pelancong yang melawat Eropah menjadikannya satu perjalanan sehala yang hebat. Bermula di Paris yang bersejarah, memandu ke pantai Mediterranean, pergi menyusuri Alps, semuanya sebelum diakhiri di Rom yang terkenal. Siapa yang tidak mahu mengembara di laluan yang hebat ini?

 

Switzerland - Itali - Ini ialah satu lagi perjalanan klasik. Merentasi Alps dan mengembara di antara Switzerland yang moden dan Itali yang bersejarah. Berhenti dan melawati beberapa resort ski terbaik di dunia pada musim sejuk atau mendaki menyusuri pemandangan yang indah pada musim panas. Dengan menyewa kereta sehala, anda tidak perlu risau tentang perjalanan pulang yang sukar!

Sewaan sehala yang paling popular di Amerika Syarikat dan Kanada

Los Angeles ke San Francisco - Laluan sewaan sehala yang paling popular di Amerika Syarikat ialah laluan antara kawasan metropolitan terbesar di California. Walaupun dengan laluan paling terus (I-5), pemanduan ini mengambil masa enam jam. Pastinya berbaloi untuk mengambil masa yang lebih lama dan memandu di sepanjang Pantai Pasifik. 

Orlando ke Miami - Dua bandar paling popular untuk dilawati di Florida menjadikan salah satu laluan sehala paling popular di negara ini. Pengembara boleh melawat taman tema di pusat Florida dahulu, kemudian menuju ke Cape Canaveral untuk mengalami sejarah Program Angkasa Amerika, sebelum menuju ke pantai dan kemewahan Miami. Sudah tentu, lawatan ke Key West juga merupakan bahagian yang popular dalam perjalanan ini. 

New York ke Chicago - Bandar terbesar dan ketiga terbesar di negara ini menjadikan perjalanan sehala yang hebat. Terbang ke New York dan kemudian menuju ke Midwest dan Chicago. Pemanduan ini boleh dilakukan dalam masa sehari, tetapi lebih baik untuk merancang beberapa hari supaya dapat berhenti di beberapa negeri dalam perjalanan. 

Vancouver - Calgary - Salah satu laluan yang lebih popular di Kanada adalah dengan mengembara dari bandar pantai barat Vancouver melalui Pergunungan Rocky ke Calgary di Alberta. Mengambil laluan ini membolehkan pengembara melalui dan melihat beberapa pemandangan yang paling menakjubkan di dunia. 

Soalan Lazim tentang Sewaan Kereta Sehala

Adakah saya perlu menempah sewaan sehala terlebih dahulu?

Ya, anda perlu menyatakan lokasi yang anda ingin mengambil kereta dan tempat anda mahu menghantar semasa menempah kereta. Menyatakan perkara ini semasa mencari akan memberitahu anda ketersediaan dan jumlah bayaran sehala.

Adakah mungkin untuk mengelakkan bayaran sewaan sehala?

Secara umum, anda tidak boleh mengelakkan bayaran sehala. Jangkakan untuk membuat bayaran jika anda mahu menyewa kereta untuk perjalanan sehala. 

Bagaimanakah boleh saya tahu jumlah bayaran yang akan dikenakan?

Apabila mencari di laman web kami dan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran yang anda minati, bayaran sehala akan dimasukkan ke dalam harga pada hasil carian. Di halaman tempahan, anda akan dapat lihat pecahan bayaran tersebut.

Bolehkah saya menghantar kereta di mana-mana?

Tidak, anda perlu menempah sewaan sehala terlebih dahulu dan menyatakan tempat anda mahu menghantar kereta. Anda tidak boleh menghantar kereta di semua lokasi.

Di manakah sewaan sehala popular?

Sewaan sehala popular antara bandar di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Sewaan sehala antarabangsa biasanya hanya boleh dilakukan di Kesatuan Eropah. 

Adakah lebih mahal untuk menyewa kereta sehala?

Jawapan ringkasnya ialah ya. Syarikat sewaan kereta hampir selalu mengenakan bayaran sehala sebagai tambahan kepada kadar harian biasa. Ini biasanya merupakan bayaran satu kali sahaja yang tidak bergantung kepada tempoh sewaan. 

Adakah sewaan sehala antarabangsa lebih mahal daripada domestik?

Dalam kebanyakan kes, bayaran sehala untuk sewaan sehala antarabangsa adalah lebih tinggi daripada yang untuk sewaan sehala domestik. Ini kerana syarikat sewaan perlu memulangkan kereta tersebut ke negara asal yang memerlukan kos yang tinggi. 

Di manakah sewaan sehala antarabangsa tersedia?

Sewaan sehala antarabangsa kebanyakannya hanya tersedia di Eropah. Anda tidak boleh menyewa kereta di Amerika Syarikat dan menghantar kereta tersebut di Kanada atau sebaliknya. Sewaan sehala ke Mexico atau dari Mexico juga tidak tersedia.

Log masuk atau cipta akaun
Dapatkan akses untuk semua tempahan anda di satu tempat
Teruskan dengan e-mel
Dengan memilih "Setuju dan teruskan", anda bersetuju dengan
dan
DiscoverCars.com
Apakah e-mel anda?
Sila semak e-mel anda
Sila semak e-mel anda
Kami telah menghantar e-mel dengan pautan pengesahan ke {email}
Klik pautan dalam e-mel untuk log masuk.